Jumaat, 5 Disember 2008

Khutbah tadi

Haaa…. Haaa…. Haaa…..
Aku dah mula menulis blog ni balik…
Dah lama aku tak masuk kat sini, nama blog hampir lupa!!!
Jangan tanya aku kenapa……….
Aku nak tulis balik apa yang aku dengar masa khutbah , dimasjid INTAN tadi.
Pak Khatib tu ceritakan pasal pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap penyembelihan anaknya Nabi Ismail. Juga ketaatan Nabi Ismail terhadap perintah Allah dan bapanya. In detail aku tak nak ceritalah, rerasanya orang semua dah tahu!!!
Pengajaran yang aku belajar ialah :
1) Tahap pengorbanan para nabi nabi sangat tinggi. Sebab itu mereka ini adalah orang yang rapat dengan Allah swt. Mereka akan turut perintah Allah tanpa memikirkan apa apa, walaupun perintah itu bertentangan dengan akal manusia. Contohnya ;
a) Nabi Ibrahim diperintah menyembelih anak sendiri iaitu Nabi Ismail
b) Nabi Nuh diperintah bina kapal di tengah padang pasir.
c) Nabi Musa disuruh campakkan tongkat ketika berdepan ngan Firaun.
Ini sikit aje contoh dari yang banyak banyak……. Mereka sedikit pun tak soal balik kenapa…. Bak kata orang putih “No questions asked…… not even… ifs and buts…..”

2) Mereka lakukan ini semua dengan penuh keikhlasan. Mereka tak langsung buat untuk menunjuk kat orang lain. Walau pun mereka ini dicela, dicaci dan dihina…. Mereka tetap lakukan dengan istiqamah dan istikhlas. Contohnya:
a) Nabi Nuh menyeru pada kaum dia supaya beriman pada Allah swt selama 950 tahun tanpa ada perasaan “give up”. Walaupun at last wife ngan anak dia tak ikut pun apa seruan nya!!!
b) Nabi Muhammad saw menyeru pada kaum dia sampai dia digelar Al-Majnun. Kita pun tahu dulu dia pernah digelar Al-Amin
3) Mereka lakukan dengan hasrat mencari keredhaan Allah…. Tang ini aku tak leh bagi contoh!!! Pasal akal aku tak tercapai…. Masih cetek lagi!!!

Kesimpulan dia, aku memang kena belajar agama ………

2 ulasan:

Unknown berkata...

meowwwww...

Hidup KOKA berkata...

Hi VersedAnggerik,
I like your meowwwwww....

I like to meow meow back....
hee hee hee