Isnin, 20 Oktober 2008

Mengapa aku menyimpan janggut

Mengapa aku menyimpan janggut

Aku mula mula keliru gak kenapa aku kena simpan janggut. Tapi lepas aku campur ngan member member yang simpan janggut, aku pun simpanlah. Tapi sejak kebelakangan ni aku macam nak buang aje….. Lalu aku pun surflah kat internet untuk mencari cari sandaran yang kuat untuk simpan janggut… antaranya yang tertulis kat bawah ni:

Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab".

Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani. "Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Para Isteri Nabi Muhammad s.a.w juga suka melihat Nabi berjanggut sehingga ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang Nabi.

Sebagaimana hadith sahih di bawah ini:

"Dari Aisyah Ummul Mukminin berkata : Aku mewangikan Nabi s.a.w dengan sebaik-baik wangi-wangian pada rambut dan janggutnya". Muttafiq alaihi.

"Berkata Anas bin Malik : Janggut Nabi s.a.w didapati lebat dari sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya".

H/R Ibn Asyakir (dalam Tarikhnya). Di dalam kitab (ÝÊÍ ÇáÈÇÑí) Jld. 10, M/s. 335, terdapat teks yang ditulis: "Memelihara janggut adalah kesan peninggalan yang diwariskan oleh (Nabi) Ibrahim alaihissalam wa ala nabiyina as salatu wassalam sebagaimana dia mewariskan (wajibnya) janggut maka begitu juga (wajibnya) berkhatan".

"Dari Jabir berkata : Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". H/R Muslim.


Semoga Allah member kekuatan pada diriku untuk mengamalkan sunnah…..

Tiada ulasan: