Rabu, 22 Oktober 2008

Aku nak jadi macam gini....

Ni petua yang aku cari....................... Aku nak jadi Suami yang baik...........


10 sifat calon suami yang baik:

1) Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2) Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3) Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4) Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5) Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6) Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7) Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8) Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9) Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10) Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Isnin, 20 Oktober 2008

Mengapa aku menyimpan janggut

Mengapa aku menyimpan janggut

Aku mula mula keliru gak kenapa aku kena simpan janggut. Tapi lepas aku campur ngan member member yang simpan janggut, aku pun simpanlah. Tapi sejak kebelakangan ni aku macam nak buang aje….. Lalu aku pun surflah kat internet untuk mencari cari sandaran yang kuat untuk simpan janggut… antaranya yang tertulis kat bawah ni:

Hadits-Hadits Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab".

Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani. "Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Para Isteri Nabi Muhammad s.a.w juga suka melihat Nabi berjanggut sehingga ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang Nabi.

Sebagaimana hadith sahih di bawah ini:

"Dari Aisyah Ummul Mukminin berkata : Aku mewangikan Nabi s.a.w dengan sebaik-baik wangi-wangian pada rambut dan janggutnya". Muttafiq alaihi.

"Berkata Anas bin Malik : Janggut Nabi s.a.w didapati lebat dari sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya".

H/R Ibn Asyakir (dalam Tarikhnya). Di dalam kitab (ÝÊÍ ÇáÈÇÑí) Jld. 10, M/s. 335, terdapat teks yang ditulis: "Memelihara janggut adalah kesan peninggalan yang diwariskan oleh (Nabi) Ibrahim alaihissalam wa ala nabiyina as salatu wassalam sebagaimana dia mewariskan (wajibnya) janggut maka begitu juga (wajibnya) berkhatan".

"Dari Jabir berkata : Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". H/R Muslim.


Semoga Allah member kekuatan pada diriku untuk mengamalkan sunnah…..

Teman Sejati

They said……

If you love a lady,
Set her free,
If she comes back…..
She is yours…..
If she don’t,
She was never
MEANT TO BE…….

Ni lagu yang aku suka dengar lately…

Teman Sejati

Selama ini Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari Selama ini
Telah ku temui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni Kasih Illahi

Kepada Mu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan Kasih sayang kita

Kepada mu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan Segala-galanya...

Kepada Mu Allah
Ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepada mu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah ku ungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya Kejujuran kita

Ubtuk peringatan diriku......

Tadi anak aku Jijie merengek…….
Aku suruh dia sembahyang isyak..

Dia kata dia penat!!!!!
Aku pun pujuk dia, pimpin dia pegi bilik air,

Lepas dia semayang, merengek lagi…….
Aku Tanya kenapa????
Dia diam, Jadi aku pun tepuklah dia…
Sambil tu aku nyanyi lagu ni……

Lagu yang aku sering nyanyi
waktu tidurkan anak anak aku dulu....

Untuk peringatan diri aku sendiri……

Sepohon Kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi




Ya Allah, Jadikanlah diriku, bakal pasangan ku dan zuriat keturunan kami
diantara orang orang yang tetap bersembahyang……. Amien!

Jumaat, 17 Oktober 2008

Satu Kisah Pengorbanan dari satu hipokrasi

Tadi masa baca blog dari kengkawan sekolah....
Masa tu, heboh bincang pasal hipocracy!
Bagi aku hipocracy tu memang tak betul......
Tapi kena ingat kita kengkadang kena buat gitu gak...
Mudah mudahan ia menjadi sesuatu yang baik.

Teringat satu peristiwa yang berlaku dalam keluarga aku....

Masa tu Arwah mak tengah sakit! Dia kena cancer. Dah kat final stage. hari demi hari kesihatan dia makin teruk. dari boleh buat semua sendiri sehingga lah terbaring atas katil. Abang (abang Din) aku sebagai anak lelaki yang paling tua pun amik dan jagalah mak aku kat KL. Nak harapkan yang lain, duduk jauh.... Tambah mak pulak kena berulang ke HKL setiap dua minggu. Yang betul betul jaga mak aku bukan abang aku, tapi isteri dia, Kak Tini.

Kak Tini ni kerja nurse kat HKL. Dia memang pendiam dan buat kerja pantas. Dulu dia selalu kena "attack" ngan kak long aku. Kak long aku nie brutal sikit. Asyik nak komplen aje..... Sampaikan hal rumah tangga orang tu pun kak long attack. Jadi relationship dia orang dua orang jadi makin hambar.

Walau macam mana pun, kak Tini jaga jugak Arwah mak aku. Wal hal nak ikutkan bukan dia ada kena mengena darah daging pun.... Cuma menantu arwah mak aku aje. Kalau dia tak nak jaga pun tak apa.... Apa kita boleh buat?

Jadi kak Tini lah yang buat segala galanya. Balik kerja dia lah yang bagi makan, tukar pakaian, mandikan termasuk salinkan pampers. Kita yang dah kawin ni tau tau ajelah betapa mujahadah nya nak bersihkan najis yang melekat dan tukar pampers.... Tapi kak Tini tetap juga buat.... Aku rasa dalam hati nya dia buat tu semua untuk mengembirakan Suami dia, Abang aku ler....

Aku tak le rasa berat sangat pasal aku datang jenguk pun seminggu sekali... Itu pun aku tak buat tu semua. Kak Tini sedikit pun tak mengeluh. Sampaikan satu hari dia dapat panggilan yang mengatakan bapa dia sakit kuat dan nazak, dia tetap mengutamakan arwah mak kerana nak menyukakan hati suami dia, abang aku. Bila bapa kak Tini meninggal, dia cuma sempat ziarah dan hadir masa urusan pengebumian aje.... Lepas tu cepat cepat balik untuk uruskan arwah mak.

Bila arwah mak meninggal, aku baru sedar bahawa kalau tak ada kak Tini, tak tahu apakan jadi. Sehinggakan masa nak bagi bagi harta peninggalan arwah mak, kak Tini tak nak amik satu pun. Dia cuma cakap cukuplah dia dah menyukakan hati Suami dia. Aku punya sebak masa tu tak leh tahan.

Aku rasa kalau lah bekas bini aku tu...... mungkin dia tak kan sanggup nak bela arwah mak sampai macam gitu sekali.

Aku rasa kak Tini mula mula pun berat nak jaga arwah mak. Nak kerja lagi, anak anak lagi, Suami lagi, kita orang datang seminngu sekali aje dan kakak ipar yang mulut laser. Tapi kerana kak Tini nak menyukakan Suami, abang aku..... Dia buat tu semua.

Mungkin pada mulanya dia hipokrit...... Luar nampak suka dalam tak suka.... Tapi kerana istiqamah dan sikap hendak menyukakan suami..... dia teruskan juga, dan Allah beri dia keikhlasan dalam hati.....

Allah sahaja yang dapat membalas jasa kak Tini...... Semoga dia di masukkan kedalam Syurga Fidaus!!!! Amin..............

Khamis, 16 Oktober 2008

8 Sikap wanita yang aku sukai...

Di petik dari blog seseorang....
How I wish, She can be like this..... Kalau tak jadi begini pun... At least she put a try!!

1.Keanak-anakkanDalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2.Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3MenghargaiWanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

4.Menjaga PenampilanLelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5.Pandai berbicaraLelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

6.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7.Menghormati Diri SendiriLelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8Simpati dan prihatinLelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Rabu, 8 Oktober 2008

Perempuan idaman

Aftermy divorce, I decided not to get married. Things changed when I moved up to KL. I had different views of life. I met someone special and now is in the process of tieing the knot. I know there is no such thing as PERFECT LADY or PERFECT WIFE. However, I wish she would take what is written below as a bguide:

Ciri Isteri Solehah dan isteri idaman

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:
"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
Sentiasa menghormati keluarga suami .
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
Bersikap malu terhadap suami.