Tak ada apa apa sangat yang berlaku tadi….
Bangun pagi macam hari sabtu lain… LEWAT
Lepas sembahyang subuh aku terus landing atas katil lagi
Sampai anak aku afiqah kejut……
Pas bangun tadi aku pun mandi, naik kat tingkat 14 rumah abang aku terus makan nasi goring!!!! Best jugak!! Aku memang dah lama tak makan home cooked food!!! Asyik ngadap makan kat kedai mamak Ali Maju aje…… Afiqah mintak aku hantar dia pegi rumah kawan dia kat Taman Melati.
Balik dari Taman Melati, Aku singgah Dawama. Dulu aku pun tak pernah tahu apa tu Dawama. Rupa rupanya Dawama ni selling agen untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Masa aku singgah tu, tak le ramai orang. Aku pun masuk tempat display buku buku aku terperanjat giler!!!! Ada buku buku yang published 15 tahun dulu tak dapat dijual lagi!!!! Dan hampir keseluruhan buku buku tu bahasa melayu!!!! Ini mungkin menunjukkan betapa ramainya orang melayu yang tak rajin membaca…. Harga tak le mahal sangat. Satu buku puratanya harga dalam RM25 aje. Dia orang siap bagi diskaun 50% lagi!!!! Masa aku memilih buku tu, aku siap ada masa nak curi curi membaca…… punyalah lengang giler!!!
Seingat aku kalau pegi sale buku buku ompteh, ramai orang pegi… sesak giler!!!! Guess what…. Orang Melayu tak sampai berapa kerat aje… Tak habis jari kat tangan nak kira!!!! Tak usah tengok tempat lain….. Tengok anak anak aku aje dahlah!!! Semua asyik nak terkinja sana terkinja sini….. Belek muka perasan macam lawa!!!!!!!
Petang tu aku pegi beli doughnut…. Sekali lagi aku berhadapan dengan masaalah social remaja melayu!!!! Yang banyak melepak memekak kat shopping kompleks banyak orang orang melayu….. Malu nya.
Aku pun kengkadang takut gak, aku ada 4 anak pompuan…. Takat ni dia orang dengarlah cakap aku, masa nak keluar rumah, pakai yang sopan….. Takut masa akan datang takut jadi benda lain!!!
Entahlah….AKU pun tak faham………….
Sabtu, 13 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan